logompn

Pengenalan / Latar Belakang

Majlis Profesor Negara (MPN) Chapter Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di wujudkan secara rasmi pada Januari 2013 sebagai platform yang berfungsi mengatur, merencana, merancang dan mengurus segala program/aktiviti dan perihal berkaitan siri syarahan akademik. Siri syarahan akademik yang dimaksudkan adalah Syarahan Pelantikan Profesor, Syarahan Perdana Profesor UMK, Chairman lecture Series (CLS); Syarahan Industri serta Syarahan DiRaja.

Bagi melancarkan proses pelaksanaan segala perencanaan program yang telah diatur ini, maka Unit MPN Chapter UMK telah di tubuhkan sebagai sekretariat yang bertanggungjawab merealisasikan semua hasrat murni ini secara lebih sistematik sepertimana yang telah ditetapkan. Unit ini diletakkan dibawah penyelarasan Pusat Hal Ehwal Korporat UMK dan dipengerusikan oleh Prof. Dr. Ibrahim bin Che Omar yang juga merupakan Pengarah Kampus UMK Jeli manakala penaung MPN Chapter UMK adalah Naib Canselor UMK.

Sekretariat ini juga berperanan sebagai pemantau dan pelapor kepada pihak pengurusan tertinggi UMK serta kepada Majlis Profesor Negara Induk dalam memastikan setiap pelaksanaan agenda yang ingin diketengahkan adalah memenuhi piawai, standard dan membawa impak yang besar dan bermakna serta bermanfaat kepada semua pemegang taruh seperti pada komuniti masyarakat khususnya dan kalangan ahli bidang akademik itu sendiri amnya.

Selain itu, MPN Chapter UMK juga akan memastikan semua pemindahan ilmu oleh ahli akademik khususnya bertaraf Profesor di UMK ini akan dapat dimanfaatkan juga oleh komuniti dan pemain industri global dalam usaha membantu secara tidak langsung dalam kapasiti pembangunan sosio-ekonomi Negara.